21 March 2009

LAGU SEKOLAH SMK DATU PADUKA MAT SALLEH

LAGU SMK DATU PADUKA MAT SALLEH RANAU


SEKOLAH MENENGAH MAT SALLEH

Megah di puncak gunung bakti

Berjiwa suci bela bangsaku ke arah negara jaya

c/o Budaya ketimuran
Cekap juga amanah
Berusaha berdisiplin
Kekalkan perpaduan

Kami anak watan Malaysia

Menjunjung cita-cita murni

Tekun dan sabar cekal di hati

teras kejayaan kami

BIOGRAFI NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS

Najmil, bekas pelajar di LEEDS METROPOLITAN UNIVERSITY dan kini mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan di BRUNEL LONDON UNIVERSITY telah berjaya memikat kerajaan Britain termasuk Menteri Perindustrian, Brian Edeen sehingga beliau dianugerahi "The Best Research of Good Prospect" tahun lalu. Kejayaan mencipta teknologi nano terkini yang dapat membantu meminimumkan geseran dan kehausan pada peralatan di sektor perkilangan sekali gus membolehkan sektor perkilangan dan pembuatan di seluruh dunia menjimatkan kos berbilion ringgat, melayakkannya diiktiraf antara pelajar Asia yang paling cemerlang. Najmil berkata,"Sebenarnya,bukan mudah untuk saya berada pada kedudukan sekarang. Saya pernah mengalami kegagalan dan kekecewaan. Namun,saya sedar bahawa saya tidak harus membiarkan diri saya hanyut oleh rasa kecewa tersebut.Oleh itu,saya berusaha untuk menebus kegagalan dan kekecewaan yang saya alami itu.

Saya yakin bahawa saya mampu bangun semula untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang. Saya mula membina wawasan dan membuat perancangan untuk mencapai kejayaan.Langkah awal saya ialah membina kekuatan diri di samping menilai kembali segala kelemahan diri saya. Tindakan seterusnya ialah saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal di kolej swasta.Setelah tamat belajar,saya bekerja selama dua tahun. Tujuannya supaya saya dapat menimba pengalaman dan sekali gus mengumpulkan wang sebagai perbelanjaan di luar negara kemudiannya. Saya diterima melanjutkan pelajaran di LEEDS METROPOLITAN UNIVERSITY, tetapi dengan pembiayaan sendiri. Oleh itu,terpaksalah saya membuat pelbagai kerja untuk mendapatkan wang belanja. Saya pernah melakukan tiga kerja dalam sehari. Itulah sebabnya dalam sehari saya biasa tidur hanya dua atau tiga jam sahaja. Namun,dalam kesibukan mencari wang,pelajaran tidak pernah saya abaikan.Saya sentiasa memastikan waktu kerja saya bersesuaian dengan jadual belajar.

Pada masa itu,keletihan yang saya alami hanya Allah sahaja yanag tahu.Namun,saya kuatkan semangat.Putus asa tidak sekali-kali. Bagi saya,putus asa bermakna gagal. Malah,saya anggap kesusahan dan cabaran yang saya hadapi sebagai suatu proses pembelajaran dalam kehidupan yang akan mematangkan pemikiran. Ketika tidak bekerja,saya menghabiskan masa yang lama di perpustakaan universiti. Kerisauan akan berulangnya kegagalan rupa-rupanya telah mendorong saya untuk bersemangat lebih kuat dalam menyempurnakan wawasan yang saya rancang.Saya juga sentiasa memohon petunjuk dan perlindungan Allah. Akhirnya,berkat kegigihan saya sendiri di samping keizinan-Nya, saya berjaya juga.

KATAKAN TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Followers

BIOGRAFI IMAM IBNU AL-JAWZI-ILMUAN AGUNG

Imam Ibn Al-Jawzi dilahirkan pada tahun 508 H di Baghdad.Oleh kerana bapa beliau meninggal dunia semasa beliau masih kecil,beliau dipelihara oleh ibunya.Sejak kecil lagi,beliau berminat dengan ilmu.Semasa sedang belajar di sekolah rendah,beliau jarang bermain dengan rakan-rakan lain.Sebaliknya,beliau menghabiskan masanya dengan membaca buku.Di dalam buku "Said al-Khatir"diriwayatkan,beliau membaca lebih kurang 20,000 buah buku sewaktu mudanya.Beliau pernah berkata,"Cita-cita saya adalah menguasai semua bidang ilmu."Antara guru yang sempat mendidik beliau adalah seorang tokoh hadis terkenal iaitu Ibn Nasir. Keluasan ilmu yang dimiliki menyebabkan beliau mampu mengesan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh ulama lain.Di dalam "Said al-Khatir" beliau berkata,"Seseorang ulama feqah perlu menguasai pelbagai ilmu...Saya pernah mendengar seorang ulama memberitahu bahawa Syeikh Syibli dan Kadi Syuraik pernah bertemu bagi membincangkan sesuatu.Saya terkejut dengan kejahilan ulama ini kerana sebenarnya kedua-dua tokoh ini hidup pada zaman yang berbeza.Seorang ulama lain dalam ceramahnya ada bahawa perkahwinan Ali dan Fatimah tidak terputus walaupun selepas kematian Fatimah.Semoga Allah selamatkan ulama ini kerana Ali sebenarnya telah berkahwin dengan anak saudara Fatimah selepas kematiannya.Bagaimana Ali boleh berkahwin dengan anak saudara Fatimah jika perkahwinan mereka masih berterusan?Saya pernah menemui kesilapan yang sama dilakukan oleh Ghazali di dalam "Ihya Ulumuddin"." Ibn al-Jawzi adalah ulama yang warak.Cucu beliau,Ibn Muzaffar,meriwayatkan Ibn al-Jawzi mengkhatamkan bacaan Quran sekali seminggu.Beliau tidak menjamah makanan sehingga beliau yakin ia datang daripada sumber yang halal.Ibn al-Farsi pula meriwayatkan,Ibn al-Jawzi sentiasa menghidupkan malamnya dengan ibadah. Gabungan ilmu dan warak menjadikan dakwah Ibn al-Jawzi berkesan.Diriwayatkan,ceramah yang disampaikan beliau dihadiri oleh 10,000 hingga 15,000 orang,malah kadangkala jumlahnya lebih daripada itu.Dianggarkan lebih kurang 20,000 orang penganut agama Kristian dan Yahudi memeluk agama Islam selepas mendengar ceramah beliau.Ibn al-Jawzi juga terkenal sebagai seorang penulis.Antara buku yang sempat beliau hasilkan ialah TALBIS IBLIS,SAFWAT AS-SAFA,MINHAJ AL-QASIDIN WA MUFID AS-SADIQIN,FADAIL HASAN AL-BASRI,MANAQIB IBRAHIM BIN ADHAM,MANAQIB BISHR AL-HAFI,MANAQIB MAKRUF AL-KHARKHI,MANAQIB RABI'A AL-ADAWIYYA dan banyak lagi.Hal ini disebutkan di dalam SAVIOURS OF ISLAMIC SPIRIT oleh Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi. Imam Ibn al-Jawzi meninggal dunia pada malam jumaat tahun 597 Hijrah.Pada hari kematiannya,aktiviti di kota baghdad berhenti seketika. Hal ini kerana masyarakat di sekitar kota mahu melaksanakan solat jenazah sebagai penghormatan terakhir kepada ilmuan agung yang sukar dicari ganti.